21 Julai 2009

risiko mengandung semase byk penyakit berjangkit sedang menular..

hanan sayang....

hari ni telah berlaku sesuatu yg 'menghepikan' diri abah hanan... hohuhe... mak pon tumpang hepi jugak... syg abg sgtt2 sgtt2 sgt2...... muah muahh muahhh!!!! eee x saba nk tunggu hari jumaat.... hohuhe... =p

hanan sayang... semalam mak terjumpe satu artikel yg menakutkan mak...

Wanita hamil berisiko kena selesema babi

LONDON: Pihak berkuasa akan mengeluarkan garis panduan kesihatan baru kepada wanita hamil dan ibu bapa bagi menyekat penyebaran seselema babi atau virus H1N1 di kalangan golongan paling mudah dijangkiti. Pakar percaya, kebanyakan kes selesema babi tidak mengancam janin atau wanita hamil tetapi ada kes menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan atau keguguran mahupun menyebabkan kecacatan apabila bayi lahir. Bakal ibu diminta mengelak perjalanan yang tidak penting atau berada di tempat sesak malah pakar turut mencadangkan supaya mereka tidak menggunakan perkhidmatan kereta api dan juga London Underground pada waktu kemuncak.

Ibu bapa juga dinasihatkan menjauhkan bayi mereka daripada tempat sesak sementara wanita hamil digalakkan membataskan pergerakan anak untuk mengelak virus dibawa ke rumah. Amaran dikeluarkan berikutan kebimbangan bahawa wanita hamil dan kanak-kanak adalah kumpulan paling berisiko bagi jangkitan selesema babi. Setakat ini, lebih 650 orang dibawa ke hospital kerana virus itu di England, lebih 200 adalah kanak-kanak.

Mereka di bawah usia lima tahun lebih tiga kali berisiko berbanding pesakit tua untuk ke hospital. Di Scotland, 44 orang dimasukkan ke hospital, manakala 11 dirawat di hospital Wales. Sekurang-kurangnya 146 kes dicatatkan di Ireland. Secara rasmi, 29 kematian membabitkan selesema babi dicatatkan di Britain termasuk empat kanak-kanak dan dua ibu yang mati sebaik saja melahirkan bayi. Semua kecuali satu kes membabitkan Chlie Buckley, 6, yang mati 10 hari lalu di barat London, adalah disebabkan masalah kesihatan. Wanita hamil berisiko untuk dijangkiti kerana tahap imuniti mereka berkurangan. - Agensi

nampaknye, mak takleh la naik komuter atau lrt atau tren dlm mase terdekat ni (walaupun artikel ni secara khususnye utk situasi di London)... apapepun, sampailah hari mak melahirkan hanan nanti, nak ke mana2 pun, abah kena la amik dan hantar mak dr umah atuk ngn wan ye abah... =)

mak harap imune system mak (yg memang agak tidak kuat sejak dahulukala lagi) akan menjadi sedikit okeh dlm mengharungi wabak airborne ni... takut sgt kalau apape jd pd hanan sayang... mak dan abah akan terime ape je yg Allah tentukan pada hanan.. tp dlm mase yg same, mak dan abah akan sentiase doakan hanan terhindar dr wabak2 akhir zaman ni... duduk dlm ni baik2 ye hanan... kalau ade apape, bg simptom pd mak ye sayang.... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan