hanan sayangggg...
hari ni mak nak berblogging sikit je... hari ni kepale mak pening lagi.. jadi tak dapat nak menghadap pc lame2 sangat.. ='c
okeh. skarang, mak nak upload kat sini petua2 untuk hanan yg akan lahir lagi enam bulan dariiii skarang! insyaAllah.. =)
untuk lebatkan rambut bayi..
Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.
untuk buang kerak di kepala bayi..
Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.
untuk kekalkan kulit bayi sentiase halus..
Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.
untuk melentikkan bulu mata bayi.. [ i loveeeee this! so can be as lentik as mine (perasan jap =p) ]
Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.
untuk hilangkan kudis api..
Ambil beberapa urat akar tuba, tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan sedikit dengan santan kelapa. Sapukan pada kudis, teruskan amalan ini hingga kudis menjadi hitam. Selamat mencuba.
untuk hilangkan masalah kulit bayi melecet..
Kebanyakan bayi biasa mengalami melecet di celah kelangkang, pelipat kaki atau bahagian tubuh lain. Hal ini mungkin diakibatkan oleh pemakaian lampin pakai buang yang tidak sesuai dengan kulit bayi. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua ini. Apabila dia mengalami kemerah-merahan di bahagian-bahagian tertentu, apa yang perlu anda lakukan ialah menyapu sedikit tepung sagu di tempat yang bermasalah. Anggaplan seperti anda menyapu bedak pada kulit bayi.
untuk menghilangkan batuk bayi..
Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini. Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan