28 Julai 2009

2nd routine check-up + aktiviti meminum concentrate sugar



ari jumaat lepas mak pegi klinik utk minum concentrate sugar utk diabetes test tu... oh my!!! seperti yg telah mak lalui, rase tak tertelan air tu... soooo damn manis!! cenggini la lebih kurang beso gelas tu dan lebih kurang muke mak mase nak menelan air gule tu.. =p



dan Alhamdulillah, mak dpt ngelat sikit... nurse tu tak pasan, mak letak gelas tu dgn ade sedikit belen air gula di dalamnye... =p tak larat nak abiskan... dan seperti dulu jugak, lepas minum tu, mate mak agak berpinau sikit... so mak baring sat dalam kete.. dlm setengah jam camtu baru mak mule drive.. result nye dah dapat.. dan seperti yg mak yakini, i am far2 away from the maximum limit of mmol die.. jgn kate sbb mak tinggalkan belen air gula tu, reading mak rendah ye.. dulu pun reading nye rendah even mak minum sampai habis (1st experience mase tu, takut nurse marah so telan abis2 air tu... )

Alhamdulillah.. harap2nye kekal sampai ke akhir usia kandungan hanan... tapi kalau mak tak silap, minggu ke 20 lebih lebih nanti kena minum lagi kot... tak tertanggung rasenye...

semalam mak pegi routine check-up yg kedua utk hanan sayang.. sepatutnya routine check-up ni buat on 3rd aug tapi since mak dah ambik cuti untuk scan appt. petang smlm, so mak terus je dtg pg tu utk routine check-up walaupun jarak cume 3 minggu dgn check-up yg pertame ok lagi kan.. kalau idak, mak kena ambik lagi cuti hari isnin depan.. bising lagi bos wanita bermata bulat tu nanti...

macam biasa routine check-up ni kena ambik darah & ayaq tencing =p.. bp.. berat.. berat mak dah naik 600g.. suke sgttt =))) .. harap2 itu bermakne ade pertambahan berat hanan.. takut sgt kalau berat mak turun mcm yg 1st dulu.. kurang 200g.. ='''c

hb mak turun sikit.. dr 12 kepade 11.. tp still ok sbb hb normal utk pregnant woman adalah di antara 11 - 12 g/dl.. mcm artikel kat bawah ni kate...

Hemoglobin is a molecule comprised of four subunits. Each subunit contains an iron containing pigment (heme) and a protein (globulin). There are two types of subunits, alpha and beta. Each gram of hemoglobin can carry 1.34 ml of oxygen. The oxygen carrying ability of blood is directly proportional to its hemoglobin concentration. The numbers of red blood cells does not indicate blood's oxygen content because some cells may contain more hemoglobin than others. Hemoglobin determination is used to screen for anemia, to identify the severity of anemia, and to assist in evaluating the patient's response to anemia therapy. Hemoglobin also serves as an important pH buffer in the extracellular fluid.

Normal hemoglobin values are:
Adult male: 13.5 - 17 g/dl
Adult females: 12 - 15 g/dl
Pregnancy: 11 - 12 g/dl
Newborn: 14-24 g/dl (77% of this value is fetal hemoglobin, which drops to approximately 23% of the total at 4 months of age)
Children: 11-16 g/dl


Glucose irreversibly attaches to hemoblobin and other proteins that it contacts. Measurement of hemoglobin A-1C or glycosylated hemoglobin is used to monitor and evaluate diabetes. The amount of hemoglobin A-1C reflects an average blood glucose over a 3 month period, compared to a fasting blood glucose that reflects blood glucose during a one-time fasting state. Adult non-diabetics have a hemoglobin A-1C value between 2% and 5%. Diabetics with effective disease control have hemoglobin A-1C values between 2.5% and 6%. Diabetics with poor diseasecontrol may have values of 8% and higher.

Decreased hemoglobin is caused by blood loss and bone marrow suppression reduce total RBC count and therefore lower total hemoglobin content. Hemoglobin levels are also lowered in patients who have abnormal types of hemoglobin or hemoglobinopathies. Red blood cells with abnormal types of hemoglobin are often fragile and damaged or destroyed easily in the vascular system. Hemoglobin electrophoresis can distinguish among specific types of abnormal hemoglobin.


source : sini

ambik darah pun ok kali ni.. tak macam mase ambik darah mase minum concentrate sugar jumaat lepas.. dapat nurse yg tak pandai cari urat.. mak tau la kulit mak ni sejak azali dah gelap.. so nak cari urat tu agak payah sikit.. tapi bile dapat nurse yg muke dah tue tapi tak reti2 gak buat keje, mmg hangins dibuatnye.. hanan bayangkan, sampai 4 point die cucuk lengan mak... pastu claim 'susah betul nak cari urat darah awak ni'.. last2 die ambik darah dr urat kat belakang tapak tangan mak.. padahal nurse2 lain sebelum2 tu dapat je cari urat darah tu.. tak tau menari kate lantai tinggi rendah plak... hanginss lagi skali!!! dah la tempat yg dia sanitize dgn alcohol tu lain dr tempat yg dia nak cucuk.. nak aje mak ajar die cara2 nak buat alcohol swab yg betul...

petangnye, mak wat scan... terigt kata2 abah few weeks sebelum mak gi check-up ni.. abah kate ade cikgu kat skola abah yg kate, scanner kat govn clinic ni ade mcm2 jenis.. ade yg cap myvi.. ade yg cap kancil.. ade yg cap perdane.. heheheh.. so mak harap2 at least dapat la cap myvi.. kalau cap kancil kang tak nampak ape pulak... tapiii alangkah sayunya bile mak melihat hasil ujian imbasan tu... blur.. ni mmg cap kancil la ni dlm hati mak... doktor yg bg penerangan tu pun macam biasa la.. standard govn doctor.. tak frenly langsung.. terangkan nak tak nak je... rase nak tampar je.. dgn scanner nye menghadap die lagi.. patutnye tolak la sikit scanner tu menghadap mak yg tengah baring ni.. betul tak? bukankah ibu2 mengandung ni excited nak tengok baby dlm perut die??? lagipun die takpe la tgh duduk boleh la pusing2 kan badan.. mak ni baring camne nak pusing2 sgt... so at last kire macam dokto tu tgk scanner tu sorang2 die je la...

mase scan tu, berlakulah perbualan antare mak dan dokto tu seperti berikut :
dokto tak frenly : uri awak ni ke bawah sikit... ade pendarahan tak?
mak : (seriaunye dlm hati mak mase tu Allah je yg tau...) takde apa2 bleeding so far... sebab ape eh dokto? dulu saye penah gugur skali dan saye takde wat apape treatment pas gugur tu.. sbb tu ke?
dokto tak frenly : takde sbb tu lah!! (sile bace dlm nada keras)
mak : habis tu sbb ape eh dokto?
dokto tak frenly : tu lah, nanti kena check.

itu je? dalam hati mak meronta2 nak tau kenape.. at least bagilah jawapan yg educated sikit.. ape perkaitannye dgn usia hanan yg baru nak masuk 4 bulan ni.. normal tak.. akan naik balik ke tak.. and so and so and so la... ni 'nanti kena check' je jawapannye? dah la kasar... hiiii menggerutu je hati mak mase tu..

bukankah...



pastu mak cite kat abah... abah pun dah risau.. kalau boleh mak tak nak cerita kat abah lagi sebelum sebarang penemuan2 jawapan yg sohih dapat dikenalpasti.. tp petang tu mak dah tak boleh tahan sgt dah.. terrrcerite... td mak search, mak jumpe artikel ni... taraaaa.....

source : Utusan Malaysia - 23/06/2002 Oleh NAJIBAH HASSAN

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat. Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.

Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu? Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah? Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim. Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.

“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ jelasnya.

Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.
Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.
Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.


Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran. PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal. Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan. Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim. Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung. Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan. Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Marginal PreviaUri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.
2) Partial PreviaUri menutupi sebahagian bukaan rahim.
3) Total previaUri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:
- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran. Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.
Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah. Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.
- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique). Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.
- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.


Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.
a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:

- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).
b. Komplikasi pada ibu pula ialah:

- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.
Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus. Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.


- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim
- Pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:
- Tahap keseriusan pendarahan

- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik
Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.

hmm... kan ke sejuk ati patient macam mak ni kalau dokto tu ckp macam ape yg mak highlight wane purple tu??? ni tak.. bagi jawapan yg tak konkrit.. kalau dah org yg ahli dalam bidangnye pun bg jawapan yg merisaukan, pd sape lagi nak diharap kan... cewahhh... =p

just ckp 'uri awak ni ke bawah sikit tp memandangkan usia kandungan awak baru 15 minggu, so awak tak perlu risau cume awak perlu kurangkan kerja berat dan bla bla bla..' pun dah cukup... tauuu dokto???? heeee~ lebih2 lak mak ni...

hmm.. mak punye next check-up dah tetap on 24th aug @ 3rd ramadhan.. mase tu nanti abah tengah cuti, so bolehlah abah temankan mak pegi klinik kan abah.. ?? =) tak sabar nak tgk progress hanan sayang... hanan pegang mak dlm ni kuat2 ye sayang.... mak dan abah syggg hanan sgt2 sgt2 sgt2.... ='')


Tiada ulasan:

Catat Ulasan