08 Julai 2009

intro.. =)

hari ni aku dah genap mengandung selama 14 minggu + 1 hari atau bersamaan dengan 99 hari.. hohu 99 days full of challenges.. =p ataupun kalau according to fact yg aku dapat kat sini, janin aku dan 12 weeks + 1 day old after conception.. =) tapi tak tau lah jugak sbb my conception maybe bukan happened pd week 2 of my menstrual cycle kan..

anyway, aku sgt sgt sgt bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah ni.. dalam pada rasa kecewa yg masih bersisa akibat keguguran awal tahun ni, Alhamdulillah aku diberi peluang merasa lagi nikmat bergelar wanita mengandung.. cewahhh!! klise je ayat eh.. tp seriously! bukan semua wanita dapat merasa nikmat ni.. kann... waktu aku bermuram durja akibat keguguran hari tu, aku kerap masuk macam2 (ade la few) forum yg ada kat tenet.. semata-mata nak menyejukkan hati yg mmg sgt sgt sedih masa tu.. dan kat forum2 tulah aku dapat bace & lihat kemeranaan ramai lagi wanita kat luar sana yg dah bertahun2 kawin tapi susah nak mendapatkan zuriat.. yg dah mencuba bermacam2 cara tapi masih lagi belum ada rezeki..

memandangkan aku & abg masih lagi pJj sampai skrg, so keperluan untuk berusehe keras & berusehe lebih tu sentiasa ada.. huheho =p maka jadilah aku seorang yg kerap mengira tarikh di kalendar.. =p bak kata mate aku kat *e*e*o* ni, "kita ni sudah macam org gila lo.. hari2 kasi tgk kalendar mau kira itu tarikh am am kasi jumpa" sbb mate aku ni pun cam aku jugak la.. pJj dengan husband die yg berade kat kedah.. n even worst, whenever aku amik cuti panjang sikit on pertengahan minggu, die mesti tanye aku lepas aku balik cuti nanti "moi, u punya hari ke empat belas falls on middle of the week ya?" huheho..

dan Alhamdulillah, aku yakin Allah sentiase bersame dengan hamba2 Nya yg sentiasa memohon (syahdu plak rase bile tulis mcm ni), selepas aku selesai menjalani tempoh pantang, aku kira ovulation date aku untuk bulan April yg lepas falls on either Fri, Sat or Sun.. jadi untuk memaksimumkan kapasiti pengeluaran =p pada cycle tersebut maka kami telah mengambil cuti pada hari Isnin nye..

betape kami sgt sgt sgt inginkan anak... ='))

dan nah! (cam indon lak asenye gune pekataan nah ni =p) kini dengan izin Allah, aku telah pun mengandung.. anak yg kami sgt sgt sgt inginkan ini telah dan sedang membesar dalam rahimku dengan kasih sayang suami.. i love my abg sooo much!!! ='))))

anakku hanan, semoga Allah memudahkan segala urusan kita ya syg... semoga nanti hanan akan menjadi anak yg soleh solehah dan mendengar kata.. dan yg paling penting semoge aku dan abg akan menjadi mak dan abah yg dapat menjage anak2 kami =) sesempurna mungkin demi mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat... amiiinnnn...

dan ketika membace blog ini nanti, hanan akan tahu betapa mak & abah sgt sgt sgt inginkan kelahiran hanan ke dunia kami.. =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan