29 Oktober 2009

wanita hamil & tali pinggang keledar.. ibarat..?

memetik kate2 dari Utusan Malaysia, aduhai....

Hamil tidak perlu pakai tali pinggang keledar
27/10/2009 2:12pm

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Wanita yang sarat mengandung dikecualikan daripada memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau berkata, pengecualian turut diberikan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, individu yang disahkan doktor tidak boleh berbuat demikian dan mereka yang dikecuali oleh Menteri Pengangkutan.
"Sejak undang-undang ini diperkenalkan dari 1 Januari lalu sehingga September ini, sebanyak 9,379 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan jumlah tertinggi ialah di Sarawak.
"Dari Januari hingga Ogos tahun ini, pihak polis juga telah mengeluarkan 803 saman kerana kesalahan sama,'' katanya menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. - Utusan


dan soalan2 mak berbunyi seperti berikut.. :

1) apekah definisi sarat di sini? lebih 7 bulan? lebih 8 bulan? kurang dari 7 bulan tetapi perut telah membesar secare logisnye pade mate kasar manusie normal? tinggi perut melebihi 30cm?

2) apekah perbezaan tahap kepenatan bagi wanita yg sarat mengandung yg duduk di tempat duduk belakang, tempat duduk penumpang hadapan atau tempat duduk pemandu (yg ofkoz sedang memandu)?

3) adekah telah dilakukan analisis yg bersesuaian sebelum kenyataan ini dikeluarkan?

aduii.. mak memang tak larat betul dgn perbahasan rang undang2 yg berfakta sekerat2 macam ni.. kite rakyat malaysia ni kan sekarang semakin bijak berfikir.. tapi mak tak kate lah mak bijak kan.. =p cume, deme2 ni kena fikir, sekarang ni macam2 soalan kontemporari akan diajukan.. jadi tolonglah jadi MP yg lebih bijak daripade biase..

honestly, mak ase penat sgt pakai tali pinggang keledar while driving.. but hv to.. no choice.. kalau tak melayang tiga rat.. tapiii.. cian kat hanan sayang kat dlm ni.. so kekadang kalau mak sempat, mak pegang tali pinggang tu bg tak firm sgt pd belly mak yg ade hanan kat dlm ni..

orang lain mebi tak ase ape pakai tali pinggang keledar mase driving.. but not to mak... ='''''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan