ramai sgt org kate mak gemok.. badan naik sgt2 mase pregnantkan hanan sayang ni..
sumber gamba
alahaii.. mak tak ase ape pon.. dan mak siap jawab : t shirt yg aku pakai ni t aku mase kat U dulu.. ko bleh imagine camne besa badan aku dulu?
dan mereke2 di ofis ini cume terpinge2 sahaje sambil berkate : eh ko gemok ke dulu?
apesal.. mak tak bleh ke agak kurus (zaman convent) pastu agak gemok (zaman mrsm) pastu gemok (zaman U) pastu kurus (zaman mule2 kerje) pastu gemuk semule (zaman terlebih makan protein =p)?
boleh je kannn...?? jadi ape yg havoc sgt bile badan mak naik..? lagipon kan mak pregnant... adoyaiii.. jgn lah keco sgt.. lainla lepas lahirkan hanan nanti, mak maintain macam ni jugakk, baru la bleh nak keco pasal mak tak menjage penampilan diri gtuu...
itu pon terpulang pade abah hanan la kan.. nak mak kurus semule ke nak mak kekal gemok ke.. kan mak kene ikot cakap en somi... heheheee =p
apapepon, ni mak dpt dr internet pasal tips2 nak kuruskan badan lepas bersalin.. ohoho.. walauponn boleh dikatekan lambek laie nak amalkan petuo ni, mak sajo yo tepek'an kek siko supayo dapek mak amal'an nanti.. kalau tidak nnt lupo.. jadi pas baco, eloklah toghuih postkan..
lagipon, dapek jugak org lain yg membaco artikel ni fanfaat'e.. dapek yo pahalo.. =p
7 Tips Penjagaan Badan selepas bersalin agar anda kelihatan
ramping dan sihat.
1.Bertungku
Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku
mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian
perut dapat dipecahkan .
Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut.Di
dalam Islam sendiri pun amalan ini amat di galakkan kerana ia menjauhkan
perasaan murung atau tekanan jiwa.
Cara bertungku amat mudah. Batu sungai di panaskan dalam 15 minit.
Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas
lapisan daun mengkudu( keliling batu di tutupi daun).Balut batu
yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.
Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh
badan. Badan akan terasa hangat dan segar.
2.Berurut
Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit
semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa
meneran supaya bayi mudah keluar.
Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu
kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas
bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan
semula.
Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula.
Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk
dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian
kaki.
3.Berbengkung atau berbarut
Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan,
perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang
menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.
Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang lansing
kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi
kendur dan perlu di tegangkan semula agar tubuh menjadi kemas
dan lansing semula.
Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula
pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.
4. Berpilis
Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa
pening dan mudah terkena penyakit meroyan.
Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis
dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu
di dahi.Mudah bukan?
Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin
kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa
di dalam pantang.Di khuatiri peranakan boleh turun kerana
menggunakan tenaga dan hentakan lesung / gegaran pada badan.
5.Mandi air rebusan daun.
Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf.Anda
boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi
dan daun pandan.
Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka
di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan
daun - daun tersebut
6.Minum ubat periuk
Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan.
Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah
khasiat pemakanan .
Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan
angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak
kelihatan pucat.Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang
dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang
seperti minum air teh.
7.Tidur dan rehat secukupnya.
Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang
secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat
atau melelapkan mata.
Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana
bayi yang menyusu atau bayi anda meragam.Sebolehnya dapatkanlah seorang
pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh
minggu pertama.
Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah,
biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.
Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan
rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.
kredit sumber : sanun =p
=)))
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan