02 Oktober 2009

peranan mak yg berkerjaya dalam membentuk peribadi anak..

bile mak bace ape yg tertulis kat artikel ni, ase tersentuh pulak hati ini.. walaupun mak ni termasuk dalam kategori kasar, tapi hati mak lembottt taww... =')


keras macam besi tapi lembottt sebenonye.. =p


kebetulan pulak, mak baru je bercakap pasal perkare ni dengan abah semalam.. tapi at that point of tyme, bukanlah sebab utamenye adelah same dengan main point dlm artikel ini.. sebaliknye, sebab utamenye adelah kerane mak tertekan dengan situasi kerje kat *e*e*o* ni.. huhuhu.. mak stress.. tension.. tak suke dengan instruction mid-boss & boss.. sume ade la.. package gtu..

mak ckp pade abah yg mak nak berenti kerje.. dan abah hanan jawab : = boleh.. duduk rumah asuh anak-anak lagi baik.. kan bagus jage anak sendiri..
=)))

tapi bile mak bace artikel ni ckp ape mak ase insaf seketike.. mampu ke mak menjadi seperti ape yg tertulis kat sini? huhu.. jauh sgt asenye diri ini nak menjadi seperti kate artikel ni.. kat sini mak tepek kan sebahagian dr isi kandungan artikel ni utk hanan sayang yer.. artikel ni pun ekceli banyak dapat kritikan dr working women out there yg tak bersetuju dengan penulisan empunye blog ni.. but to mak, it is worth reading sebab tak sikit yg betulnye... =)

Anak yang baru lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan diri anak itu sendiri, manusia selalunya menuding jari menyalahkan orang lain jika anak mereka menjadi nakal atau jahat, pengaruh persekitaran, pengaruh rakan2, pengaruh video games dan lain2 lagi. Jika benteng akal anak itu mantap, adakah mereka akan mudah terpengaruh? Apakah sumber kekuatan benteng akal anak tersebut?

Jawapannya adalah kekuatan bahagian depan otak (prefrontal cortex) dan juga hubungan kasih sayang (limbic bonding) antara anak dan ibu bapa.

Ibu yang mengandung sebenarnya bukan sahaja memberi makan dan perkumuhan kepada bayi, apa yang dilalui secara emosi oleh ibu, itu juga akan dirasai oleh sibayi, semua emosi mempunyai hormon yang dikeluarkan oleh otak keseluruh badan, ini termasuklah emosi tekanan/stress. Ibu yang berkerja tidak dapat lari dr perasaan tertekan, hidup dizaman moden ini penuh dgn tekanan/stress, dari ketika keluar dr rumah sangkut di traffic jam, di tempat kerja, ketika pulang dan juga di rumah ketika harus menjalankan tugas sebagai ibu dan juga isteri ketika keadaan diri kepenatan. Bayi di dlm kandungan akan turut merasai perasaan tertekan tersebut.
Apa kesannya kepada bayi di dlm kandungan? Hormon stress yang dikesan oleh badan bayi seolah2 memberi tahu bayi yang dirinya di dlm keadaan terancam dan ketakutan, ini menyebabkan tumbesaran bayi lebih kepada bahagian otot badan untuk menyiapkan dirinya untuk "fight or flight situation", yang menakutkan pertumbuhan bahagian otak terutamanya bahagian depan (prefrontal cortex PFC) akan terbantut kerana kebanyakan khasiat makanan dr ibu lebih kepada bahagian otot badan, ibu mengandung yang sentiasa di dlm keadaan tertekan sebenarnya sedang membesarkan seorang "street fighter" didalam rahimnya. Anak ini nanti selalunya akan mempunyai fizikal yang tegap, tetapi kurang cerdik. Kurang cerdik di sini tidak lah bermaksud anak itu akan lemah dr segi akademik disekolah tetapi kurang cerdik dr segi menangani isu2 kehidupan. Apa yang membezakan manusia dan haiwan adalah bahagian depan otak (prefrontal cortex). Fikir-fikirkan lah anak yang lahir dgn PFC yang tidak sempurna, apa kesannya pada kehidupan di masa depan?

Kira-kira 2 bulan selepas lahir, bayi akan mula mengenali raut wajah ibunya, ini amat penting kerana dr ekspresi wajah ibu itu juga anak akan belajar mengenai kehidupan, apabila bayi melalui situasi-situasi yg baru selalunya dia akan mencari ibunya untuk mendapatkan rujukan apa yg perlu dilakukan, contohnya jika dia terjatuh ketika mula berjalan, jika siibu menerpa didlm keadaan terkejut, bayi akan menangis lebih kuat lagi berbanding dgn ibu yang datang dgn keadaan tenang, mendukung dan membelai dgn kasih sayang.

Jika bayi terjaga ditgh malam dan mahukan susu, si ibu yg kepenatan berkerja sedar di dlm keadaan marah amat sukar untuk menyusukan bayi tersebut dgn kasih sayang, ini akan memberi kesan kepada bayi, walaupun anak tidak disusu badan, si bayi dapat merasai emosi ibu kerana emosi itu berjangkit, si bayi selalunya akan terus menangis dan tertidur lebih kepada penatnya menangis dr pada lena kekenyangan. Kesannya pada minda separuh sedar bayi ini adalah "tiada siapa yang aku boleh harapkan didunia ini".

Ketika baru lahir hingga keumur 6 atau 7 tahun, otak anak membesar dengan kadar yang amat tinggi, di ketika ini juga anak akan belajar lebih kepada pemerhatian, apa yg dilihat dilakukan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan anak tersebut. Sebab itu kita biasa mendengar, "perangai engkau ni mcm ibu/bapa engkau lah", ini bukanlah genetic/keturunan sebenarnya tetapi dr pembelajaran melalui pemerhatian ketika tempoh awal kehidupan.

Persoalannya disini, dimana ibu dan bapa ketika waktu ini? Siapa yang anak akan perhatikan untuk menjadi rujukan untuk anak itu belajar mengenai kehidupan? Orang gaji? Pengasuh taska? Tidak hairan lah nanti generasi akan datang akan mempunyai minda malaysian tetapi minda separuh sedar indon, filipino, bangla atau nepal. Lebih 90 peratus kelakuan/tingkah laku manusia adalah dr minda separuh sedar sebenarnya.

Sekarang kita sudah boleh melihat kesannya, zaman wanita berduyun2 bekerja meninggalkan anak di jaga oleh orang lain. Perhatikan masalah-masalah remaja dizaman ini, lihat sikap sopan santun yg sudah luntur pada mereka, rasanya tidak perlulah diungkitkan dgn lebih terperinci disini sifat-sifat lain yang lebih mengecewakan.

Sekitar 10 tahun lepas era komputer mula meningkat dan ibu bapa berlumba2 membelikan komputer untuk anak-anak, ibu bapa yg jahil tidak tahu apa itu "internet filter", kerajaan pula atas dasar "free information" tidak menghalang semua laman2 web porno dari diakses dengan mudahnya. Anak yang tinggal dirumah, tersilap klik sahaja sudah boleh mengakses "ilmu2 baru" yang merangsangkan. Kesannya keruntuhan akhlak remaja dengan seks bebas dan sebagainya sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Kajian Dr Michael Resnick dr University of Minessota yang diterbitkan didalam The journal Of The American Medical Association, 1997 menyatakan, anak2 yang lebih merasai kasih sayang dan lebih berhubungan dengan ibu dan bapa mempunyai kadar yg lebih rendah mempunyai masaalah mengandung ketika usia muda, masaalah dadah, merokok, keganasan dan bunuh diri. Artikel in menegaskan yang kadar hubungan antara anak dan ibu bapa amat memainkan peranan lebih penting mencorakkan minda anak membenteng diri dr masaalah sosial.

Ibu dan bapa zaman sekarang ini lebih mementingkan rumah besar dan kereta besar hinggakan anak ada yang "terbesar" perut mengandung anak luar nikah atau membesarkan perut anak orang lain bg yg lelaki. Perlu diingat rumah besar dan kereta besar tidak akan dibawa ke lubang kubur tetapi doa anak yg soleh sahaja akan kekal berterusan selepas mati, jadi saham apa yang lebih patut dititk beratkan, saham dunia atau saham akhirat?

Bolehkan kita mendapat anak yang soleh dengan memberikan komputer, video games dan didikan dr orang gaji dan cikgu2 taska? Fikir2kan lah.


kredit sumber : sini..

oh.. alangkah sukarnye.. mak nak sangat buat ape yg disuggestkan seperti dlm tulisan empunye blog ni.. tapiii tak tau la.. ade sesetengah org kate, jangan asyik bertapi2.. memang kesudahannye ketepilah ape yg kite cube nak lakukan tu.. kann.. mak akan cube kawal stress mak mulai saat ini.. walaupun baru je mak kene tazkirah dengan bos ca ya nun alif & kap lam ya nga kat opis mak ni pasal perjalanan projek tak mega yg membosankan tu..

dan takde sape yg tak nak anak yg soleh solehah.. hanan pun nanti jadi anak yg solehah ye sayang.. sejuk perut mak ni nanti.. =) dan untuk mendapatkan rase perut yg sejuk itu, adelah harge yg harus dibayar untuk mendapatkannye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan