14 Julai 2010

anak mati kepanasan dalam kereta

read about this in Baby Weekly..


kan... point yg terakhir tu penting sgt sgt tau.. especially those yg let ur child / children naik kenderaan awam such as van or bas sekolah utk ke sekolah / tadika... and then penah gak terbace regarding artikel kat bawah ni....



MURID tadika mati dlm VAN
KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia selepas dia berada hampir tiga jam di dalam van sekolah yang dinaikinya, semalam.

Alyah Zainal Abidin, dikatakan tidak turun dari van bersama rakan yang lain sebaik tiba di sekolahnya iaitu sebuah tadika di sini, kira-kira jam 7.40 pagi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata guru dan rakan kanak-kanak terbabit juga tidak menyedari Alyah tidak turun daripada van apabila sampai di sekolah, sebelum dijumpai oleh pemandu van berkenaan kira-kira jam 11 pagi. “Pemandu van berkenaan menemui kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan pengsan di dalam kenderaan berkenaan selepas tamat waktu persekolahan sebelum membawanya ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini, semalam.


Katanya, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kerana mempunyai masalah ginjal dan tiada unsur jenayah.


Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

risau kann... sebab kekadang deme ni bukan nye kesah... bukan anak deme kan... jarang yg nak jage mcm jage anak sendiri.... eeee risaunye mak!

takutnye dgn kes2 mcm ni... mak penah bace jugak ade 1 kes tu anak 1 couple ni dah terperangkap dlm kereta.. kereta mahal la mak lupe kereta jenis ape.. kunci ade kat dalam kereta.. anak tu baby lagi and was lying dlm carseat.. this lady nangis2 sebab die nampak anak die dah kelemasan dlm tu tp tak berani nak buat apa2 sebab husband dia kata tunggu sampai die datang balik.. husband die balik rumah kat meru, klang nak ambik kunci pendua and that case happened in front of DEMC okie...

orang ramai dah marah2 that lady and mintak die just pecahkan cermin tingkap tapi that lady insist nak tunggu husband die but yet nangis sungguh2 tengok anak die dlm tu.. and then came this 1 doctor from DEMC yg nekad utk pecahkan cermin tingkap tu and siap kate "kalau apa2, saya akan take the responsibility, kalau suami awak nak saman saya pecahkan cermin kereta ni, biar dia saman saya," until that extend beraninye doktor tu..

dan bila dibawa ke klinik, doktor tu cakap, kalau lambat sikit td tak tau la apa nasib baby tu.. mase keluarkan tu pun kulit die dah biru dah...

hmm.... tak tau nak kate ape dgn mak bapak yg sanggup mempertaruhkan nilai ganti rugi cermin kereta dgn nyawa anak yg kepanasan dalam kereta....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan