kesian sgt..... mak tumpang sedihh pd parents baby ni.... ='''''''
Bayi melecur kena air panas
|
Muhammad Fahmi Luqman |
IPOH 6 Julai - Keriangan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan bersama keluarga berkunjung ke rumah saudara bertukar duka apabila muka dan badannya melecur terkena air panas.
Kejadian yang berlaku di Kilometer 6.4, Kampung Tersusun Temoh dekat Tapah itu mengakibatkan bayi malang terbabit, Muhammad Fahmi Luqman Hasrol Rizal, kini tidak berupaya untuk bergerak.
Datuk bayi itu, Manaf Md. Yusuf, 55, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam pada 26 Jun lalu ketika mereka sekeluarga pulang bercuti ke kampung.
"Ketika itu, saya dan ahli keluarga dari Kuala Lumpur bercuti di rumah ibu tiri saya di Tapah. Ketika kami sedang berbual-bual, tiba-tiba terdengar jeritan Mohd. Fahmi.
"Cucu saya ketika itu menggunakan kereta bulat bayi dan tak disangka-sangka cerek elektrik yang diletakkan atas meja seterika di rumah itu terjatuh ketika dia bermain berhampiran," kata Manaf hari ini.
Manaf merupakan ketua penyelaras media di sebuah syarikat perhubungan awam di ibu negara, Prestige Communications Sdn. Bhd.
Menurutnya, Muhammad Fahmi Luqman merupakan anak pertama kepada anak perempuannya, Nurul Annisa, 26, dan pasangannya Hasrol Rizal Talib, 32. Dalam pada itu, mereka yang ingin membantu meringankan beban perubatan keluarga ini diminta menghubungi Manaf di talian 012-9402594.
sedih! sedih!! sampai terus takbleh berjalan dah baby tu.... rupa2nya effect air panas tu yg bukan setakat melecurkan kulit 1st degree & 2nd degree, tapi juga menyebabkan ketidakfungsian otot ok..... sedihnye!!!!
hanan pon skarang dah kerap mak naikkan atas walker @ kereta bulat bayi tu... pas ni mak kena be very extra careful ni..lagi2 pulak hanan pon suka berlegar2 kat bawah iron board tu bile mak tengah mengiron...... bahaya ni! tapi kalo mak tak bagi kang, hanan nangis pulak nak legar2 kat situ jugak... hmmm....