11 November 2009

progress hanan in month-7 =')))

minggu ni hanan sayang dah 7 bulan.. arini kalo ikut perkiraan mak, hanan dah 7 bulan 8 hari.. =)))

ni mak jumpe dlm satu web site.. mak saje nk tepek kat dlm ni.. sukenye dpt tau progress hanan sayang even ini cume rough estimation sahaje..

Bulan ketujuh
Bayi

· Janin kini boleh membuka dan menutup matanya, menghisap ibu jarinya, menangis serta menendang.
· Janin akan turut memberi tindakbalas terhadap cahaya dan bunyi.
· Cuba nyalakan lampu picit dan halakan kepada perut anda, bayi anda di dalam perut mungkin akan menghala ke arah cahaya tersebut.
· Jika janin dilahirkan semasa ini, ia mempunyai peluang yang baik untuk hidup.
· Panjangnya kini 15 inci dan berat 3 paun (1.3kg).

Ibu
· Anda kini telah memasuki trimester ketiga.
· Jika anda berisiko mendapat diabetes gestasi, doktor akan menjalankan ujian darah ke atas anda untuk mengesannya.
· Jika tumit dan kaki anda bengkak ketika berdiri, cuba baring dan tinggikan kaki anda daripada badan.
· Tanda regangan mungkin akan kelihatan di perut dan buah dada kerana saiznya yang membesar.
· Anda juga mungkin mengalami tanda kelahiran palsu. Ini adalah normal, tetapi anda hendaklah berjumpa dengan doktor jika tanda ini wujud lebih dari 5 kali dalam masa satu jam.
· Oleh kerana perut anda semakin membesar, badan anda akan menjadi kurang seimbang dan mudah terjatuh. Berhati-hatilah!
Tip
· Anda boleh menghadiri kursus kelahiran bayi yang ditawarkan oleh hospital.
· Berehatlah jika penat. Badan anda sedang bekerja kuat.

=))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan